Program 5S BPTV : 6 SMV dan 2 SMT Peroleh Persijilan 5S



6 Sekolah Menengah Vokasional dan 2 Sekolah Menengah Teknik telah menerima Persijilan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Pengarah BPTV, Tuan Haji Ahmad Tajudin B Jab, mengucapkan tahniah kepada semua sekolah yang menerima Pensijilan 5S. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Teknik Klang yang telah mendahului sekolah lain untuk menerima penganugerahan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S daripada MPC, diikuti oleh SMV ERT Azizah, Johor Bahru dan pada 16 Disember, 6 buah sekolah serentak menerima pensijilan 5S.
6 buah SMV yang menerima penganugerahan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S daripada MPC ialah SMV Keningau, Sabah, SMV Matang, Sarawak, SMV Pengkalan Chepa, Kelantan, SMV Bentong, Pahang, SMV Kluang, Johor dan SMV ERT Azizah, Johor Bahru. Sementara 2 buah SMT yang menerima pensijilan ini ialah SMT Kelang dan SMT Kuala Lumpur. Sektor Pembangunan Teknikal dan Vokasional (PPTV) di BPTV, KPM telah menerima tanggungjawab untuk melaksanakan Konsep 5S di semua sekolah teknik dan vokasional di seluruh negara. Amanah ini dilaksanakan oleh Puan Hajah Zalihar bt Abdul Ghani, Timbalan Pengarah BPTV bersama pasukannya iaitu Tuan Haji Mohamad Bin Samad, Encik Mohd Azly dan pegawai penyelenggaraan alat di 4 zon.
Dengan penganugerahan 8 buah sekolah ini, Puan Hajah Zalihar selaku Timbalan Pengarah PTV akan terus melaksanakan pembudayaan 5S ini kepada 40 buah SMT/V lagi pada tahun 2012.
Sektor Pembangunan  BPTV akan mensasarkan sebanyak 28 SMV/T akan melaksanakan amalan 5S ini pada tahun hadapan. Pemantauan ke sekolah-sekolah dalam pelaksanaan ini akan terus dibuat dari semasa ke semasa untuk menjadikan persekitaran sekolah sentiasa kondusif dan berkualiti.

No comments: