Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini melalui web berikut :  http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/


Harap maklum.

Wall Facebook Group SMV Temerloh


Jom ramai-ramai kita meriahkan Facebook Group SMV Temerloh, seramai 921 orang telah menjadi ahli group ini ..

Gambaran dari udara kawasan SMV Temerloh pada tahun 2006..

Profile Pengetua SMV Temerloh






Nama : En. Fauzi B. Abdullah
No. K/P : 670920-03-5277
Gred : DG48
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (UTM)
Alamat : Kediaman Pengetua SMV Temerloh
Tahun Mula Berkhidmat di SMV TEMERLOH : 2011
Latarbelakang Peribadi :
         Pada tanggal 20 September 1967, lahirlah seorang putera yang diberi nama Fauzi bin Abdullah daripada pasangan Abdullah bin Mamat dan Hasiah binti Abu Bakar di Machang, Kelantan Darul Naim. Anak keempat daripada sembilan orang adik-beradik ini telah menamatkan zaman bujangnya dengan memilih pasangan hatinya, Puan Azizatun binti Othman yang juga merupakan warga pendidik. Hasil perkahwinan pasangan bahagia ini, beliau telah dikurniakan seorang cahayamata.
Latarbelakang Pendidikan :
         Sekolah kebangsaan Jambu Lawar, Machang, Kelantan telah menceriakan hidup En. Fauzi bin Abdullah kerana merupakan sekolah pertama yang diinjaki dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan bermula 1974 hingga tamat darjah 6 pada 1979. Pendidikan diteruskan lagi pada peringkat menengah rendah di SMK Seri Intan, Machang, Kelantan antara tahun 1980 hingga 1982. Seterusnya beliau telah menyambung pendidikan menengah atas di SMK Machang hingga ke tingkatan Lima. Tahun 1985 merupakan tahun keramat bagi En. Fauzi, kerana beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UTM. Setelah mengharung hidup sebagai mahasiswa selama lima tahun, pada tanggal 1990, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada hari konvokesyen UTM.
Pengalaman Kerjaya : 
         En. Fauzi bin Abdullah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik di SM Teknik Terengganu semenjak tahun 1990.  Pada tahun 1996, beliau memasuki bidang pentadbiran sekolah setelah dilantik sebagai GKMP Teknik dan Vokasional di sekolah yang sama. Seterusnya, pada tahun 2004, beliau melangkah setapak lagi dalam bidang pentadbiran sekolah setelah dilantik sebagai GPK HEM di sekolah tersebut. Pada tahun 2007, sekali lagi beliau telah mendapat pengiktirafan pihak sekolah hasil daripada keterampilan dalam bidang pentadbiran dan dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Kewibawaannya dalam bidang pentadbiran terus terserlah apabila sekali lagi beliau dinaikkan pangkat ke jawatan pengetua dan ditempatkan di SM Teknik Jasin pada tahun 2009. Pada tahun 2011 beliau telah bertukar ke SMV Temerloh.

Majlis Ibadah Korban SMVT 2011

TARIKH : 14 NOVEMBER 2011
TEMPAT : SMV TEMERLOH





Peningkatan Pencapaian SPM SMV Temerloh

TAHUN       GPS
SPM 2006 - 5.89
SPM 2007 - 6.02
SPM 2008 - 5.50
SPM 2009 - 5.03
SPM 2010 - 4.41

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012



Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Tahun 2011.
3. Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
4. Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah
tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya.
(Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
4. Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan
Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.

Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Majlis Graduasi Pelajar Kemahiran SKM Zon Pahang 2011

Tempat : SMT Muadzam Shah
Tarikh : 10 November 2011





HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMVT 2011






HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TEMERLOH

Nama Program : Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Matlamat : Memberi penghargaan,dorongan dan motivasi ke atas kecemerlangan pelajar dan guru
serta menyerahkan kad pelaporan pelajar tingkatan 5 kepada penjaga.

Objektif : 1. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 4 atas kecemerlangan dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
2. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 5 atas kecemerlangan dalam
Peperiksaan Percubaan SPM 2011.
3. Memberi penghargaan kepada guru-guru atas kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM
2010.
4. Berbincang dengan penjaga pelajar tingkatan 5 berkenaan peluang, harapan dan
prestasi pelajar.
5. Menyerahkan kad pelaporan pelajar kepada penjaga.

Tarikh : 06 Oktober 2011 (Khamis)

Sasaran : Warga SMV Temerloh dan Penjaga

Personalia : Yang Berbahagia Pn. Asiah Bt Hamzah, AAP
Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh


Aktiviti : 1. Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
2. Penyampaian Hadiah
3. Persembahan Pelajar
4. Pelaporan–Penyerahan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Penilaian Impak : Program ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Program ini telah dapat memberikan dorongan dan memotivasikan pelajar dan guru agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Kehadiran Ibu Bapa dalam menjayakan program ini telah menyumbang ke arah kecemerlangan SMVT yang mendatang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga kepada yang bukan cemerlang tetapi ada kemajuan.

Selamat Datang Ramadhan..

Bulan Ramadhan yg ditunggu-tunggu kian hampir mendatangi kita. Harap kita semua diberi izin oleh Yang Maha Esa untuk bertemu lagi dengan Ramdhan tahun ini.

Perkongsian Pintar Matematik 2011 "SBPI Bersama SMVT"








Larian 1 Malaysia 2011





Seminar Keibubapaan PIBG 2011





TARIKH                     : 27 Mei 2011
MASA                         : 7.30 Pagi – 12.30 Tengahari
TEMPAT                    : Dewan Sekolah
PENCERAMAH       : Encik Manjit Singh Randawa
                                      Dip. HRM, BBA (Hons), MBA

OBJEKTIF PROGRAM :
Menyediakan satu penyelesaian permasalahan yang praktikal bagi ibu bapa untuk meningkatkan :
  1. Komunikasi antara ibu bapa dan pelajar
  2. Hubungan yang positif dan daya peribadi
  3. 5S dan disiplin kendiri
              
ATURCARA PROGRAM :
7.30 – 8.00 pagi        : Pendaftaran Ibu Bapa, Guru dan pelajar
8.00 – 9.00 pagi        : Ketibaan YB Dato’ Chuah Boon Seong
                                    : Ucapan Naib Yang Dipertua PIBG
                                    : Ucapan Pengetua SMVT
                                    : Majlis Perasmian oleh YB Dato’ Chuah Boon Seong
9.00 – 10.00 pagi     : Ceramah Keibubapaan
10.00 – 10.30 pagi   : Kudapan
10.30 – 12.30 tgh     : Sambungan ceramah keibubapaan
12.30  tengahari       : Majlis Bersurai

PENGALAMAN PENCERAMAH :
  1. Kemahiran penyeliaan dan latihan pekerjaan
  2. Sikap pekerjaan positif, pengurusan stress dan kemahiran pengurusan
  3. Mengendalikan program induksi pekerja asing

ULASAN UMUM
Majlis berjalan lancar seperti yang dirancang.  Kehadiran ibubapa/ penjaga adalah 110 orang.  Pelajar yang duduk di khemah luar tidak dapat mendengar dan melihat ceramah dengan jelas. Diharapkan program ini dapat memberi nilai tambah kepada ibu bapa, guru dan pelajar


Lawatan Bench Marking ISO 2011

Lawatan ke SMT Tuanku Jaafar Ampangan Negeri Sembilan pada 11 Julai 2011. Selain SMV Temerloh, SMV ERT Puteri Temerloh dan SMV Chenor turut bersama membuat "bench mark" sebagaimana yg disaran oleh pihak Nazir yang datang melawat sekolah baru-bari ini.