Piagam Pelanggan

Sekolah Menengah Vokasional Temerloh wujud untuk memperkembangkan potensi pelajar ke tahap optima dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan bina insan/disiplin berteraskan Falsafah Pendidikan Negara, pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.
 
Kami beriltizam untuk :-
  • Memberi pendidikan yang berkualiti, berkesan dan berwawasan.
  • Mewujudkan iklim pembelajaran yang kondusif dan teraputik.
  • Memupuk keutuhan dan kecemerlangan jasmani, emosi, rohani dan intelek (jeri).
  • Mengamalkan cara hidup berlandaskan keagamaan dan nilai-nilai murni.
  • Mempelbagaikan bidang kegiatan kokurikulum sesuai dengan minat dan potensi pelajar yang berbeza-beza.
  • Melahirkan pelajar yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan sekolah.
  • Memastikan perkhidmatan yang cekap, mesra dan penuh kewibawaan.
  • Bersedia memberikan maklumat terkini dan khidmat nasihat mengenai kursus dan mata pelajaran teknikal dan vokasional yang ditawarkan di sekolah ini.
  • Memastikan kemudahan fizikal bagi sekolah ini sentiasa mencukupi, lengkap dan selesa serta mengikut piawaian yang ditetapkan untuk kegunaan pelajar.
  • Memberi respon dan jawapan kepada segala rayuan, aduan serta teguran dengan kadar segera.

No comments: