HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SMVT 2011






HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011
SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL TEMERLOH

Nama Program : Hari Anugerah Kecemerlangan 2011

Matlamat : Memberi penghargaan,dorongan dan motivasi ke atas kecemerlangan pelajar dan guru
serta menyerahkan kad pelaporan pelajar tingkatan 5 kepada penjaga.

Objektif : 1. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 4 atas kecemerlangan dalam
Peperiksaan Pertengahan Tahun.
2. Memberi penghargaan kepada pelajar tingkatan 5 atas kecemerlangan dalam
Peperiksaan Percubaan SPM 2011.
3. Memberi penghargaan kepada guru-guru atas kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM
2010.
4. Berbincang dengan penjaga pelajar tingkatan 5 berkenaan peluang, harapan dan
prestasi pelajar.
5. Menyerahkan kad pelaporan pelajar kepada penjaga.

Tarikh : 06 Oktober 2011 (Khamis)

Sasaran : Warga SMV Temerloh dan Penjaga

Personalia : Yang Berbahagia Pn. Asiah Bt Hamzah, AAP
Pegawai Pelajaran Daerah Temerloh


Aktiviti : 1. Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
2. Penyampaian Hadiah
3. Persembahan Pelajar
4. Pelaporan–Penyerahan Keputusan Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Penilaian Impak : Program ini telah berjalan dengan jayanya seperti yang dirancang. Program ini telah dapat memberikan dorongan dan memotivasikan pelajar dan guru agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Kehadiran Ibu Bapa dalam menjayakan program ini telah menyumbang ke arah kecemerlangan SMVT yang mendatang. Diharapkan semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang, bukan sahaja untuk pelajar yang cemerlang tetapi juga kepada yang bukan cemerlang tetapi ada kemajuan.