BINAAN BANGUNAN



Binaan Bangunan adalah satu kemahiran yang penting dalam bidang pembinaan. Pendedahan peringkat awal amat penting khususnya bagi golongan pelajar yang cenderung dan berminat dalam bidang ini. Di peringkat menengah rendah pelajar didedahkan asas ketukangan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Apabila pelajar meningkat ke tingkatan empat dan lima, mereka sudah di ambang kerjaya dan perlu diberi pendedahan yang sewajarnya bagi menentukan bidang pengkhususan tertentu yang terdapat di sekolah.
Dalam mata pelajaran ini pelajar didedahkan kepada bahan binaan seperti kayu, bata, konkrit dan kerja paip. Selain daripada aktiviti di bilik darjah, pelajar didedahkan juga kepada kerja amali di bengkel serta lawatan ke tapak bina bagi memperkukuhkan penguasaan dalam mata pelajaran ini. Pengetahuan yang diperoleh pada peringkat ini amat penting bagi pelajar kerana ia dapat menjuruskan mereka ke arah memilih bidang kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kecenderungan mereka selepas menamatkan pelajaran mereka di tingkaan lima.
MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Bahan BInaan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengethaun dan kemahiran penggunaan bahan-bahan binaan dalam industri pembinaan.
OBJEKTIF
Objektif umum mata pelajaran Binaan Bangunan adalah untuk membolehkan murid :-
Objektif 1
Mengenalpasti jenis kay tempatan dan pengkelasan kayu mengikut gred;
Objektif 2
Mengenalpasti dan memasang jenis barang logam dan kelengkapan serta bahan lain dalam binaan;
Objektif 3
Mengetahui jenis kemasan kayu dan kaedah aplikasinya;
Objektif 4
Memahami prinsip ikatan bata dan penggunaannya dalam bidang pembinaan bangunan;
Objektif 5
Membina tembok bata, pemasangan tetulang, pemasangan lapisan kalais lembap dan kerja kemasan dalam kerja bata;
Objektif 6
Mengetahui kegunaan konkrit dalam struktur binaan;
Objektif 7
Melaksankan ujian penurunan, menyediakan kiub dan membuat ujian kekuatan mampatan konkrit;
Objektif 8
Mengetahui pelbagai kerja kotak bentuk konkrit dan cara pembinaannya;
Objektif 9
Memahami sistem bekalan air domestik dan kaedah agihannya;
Objektif 10
Melaksanakan penyambungan kerja paip dan penggunaan alat tangan serta mesin mudah alih kerja paip;
Objektif 11
Mengenal pasti ciri-ciri peranan usahawan, agensi yang dapat membantu usahawan serta mematuhi prosedur penubuhan perniagaan dan seterusnya menyediakan rancangan perniagaan yang mudah berkaitan "bidang kursus" yang dipelajari dalam usaha melahirkan usahawan.

No comments: