ELEKTRIK & ELEKTRONIK



Kursus ini berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam teknologi, amali dan lukisan elektrik. Merangkumi amalan peraturan, prinsip pendawaian, penyambungan, pengujian dan penggunaan peralatan elektrik. Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar berkaitan prinsip dan kendalian litar-litar peralatan dan perkakasan elektronik audio, video, Radio dan TV. Pelajar juga didedahkan dengan teknik melukis lukisan geometri elektrik & elektronik. Kursus ini dibahagikan kepada dua mata pelajaran, iaitu Prinsip Elektrik dan Elektronik serta Aplikasi Elektrik dan Elektronik. Kedua-dua mata pelajaran ini diajar berpandukan Modul Pembelajaran yang disediakan oleh Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), Kementerian Pelajaran Malaysia. Murid dilatih menggunakan kaedah Competency Base Training Education (CBTE), di mana murid dinilai tahap kompetensinya secara berterusan berasaskan kriteria yang ditetapkan melalui Modul Pentaksiran yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia.
Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan dua jenis sijil, iaitu sijil SPM yang akan memaparkan gred mata pelajaran berkenaan dan satu sijil khas Modul Kompetensi yang telah dicapai oleh murid.
 Objektif :
1.     Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.
2.     Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula, terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.
3.     Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian dan elektronik.
4.     Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan perincian yang diberikan.
5.     Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.
6.     Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.

No comments: