Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012



Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Kolej Vokasional, SM Teknik dan SM Vokasional Tahun 2012 telah dibuka hari ini melalui web berikut :  http://apps.moe.gov.my/esptv/sptv_semakan2012/


Harap maklum.

Wall Facebook Group SMV Temerloh


Jom ramai-ramai kita meriahkan Facebook Group SMV Temerloh, seramai 921 orang telah menjadi ahli group ini ..

Gambaran dari udara kawasan SMV Temerloh pada tahun 2006..

Profile Pengetua SMV Temerloh






Nama : En. Fauzi B. Abdullah
No. K/P : 670920-03-5277
Gred : DG48
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (UTM)
Alamat : Kediaman Pengetua SMV Temerloh
Tahun Mula Berkhidmat di SMV TEMERLOH : 2011
Latarbelakang Peribadi :
         Pada tanggal 20 September 1967, lahirlah seorang putera yang diberi nama Fauzi bin Abdullah daripada pasangan Abdullah bin Mamat dan Hasiah binti Abu Bakar di Machang, Kelantan Darul Naim. Anak keempat daripada sembilan orang adik-beradik ini telah menamatkan zaman bujangnya dengan memilih pasangan hatinya, Puan Azizatun binti Othman yang juga merupakan warga pendidik. Hasil perkahwinan pasangan bahagia ini, beliau telah dikurniakan seorang cahayamata.
Latarbelakang Pendidikan :
         Sekolah kebangsaan Jambu Lawar, Machang, Kelantan telah menceriakan hidup En. Fauzi bin Abdullah kerana merupakan sekolah pertama yang diinjaki dalam usaha untuk menjadi insan yang cemerlang dalam ilmu pengetahuan bermula 1974 hingga tamat darjah 6 pada 1979. Pendidikan diteruskan lagi pada peringkat menengah rendah di SMK Seri Intan, Machang, Kelantan antara tahun 1980 hingga 1982. Seterusnya beliau telah menyambung pendidikan menengah atas di SMK Machang hingga ke tingkatan Lima. Tahun 1985 merupakan tahun keramat bagi En. Fauzi, kerana beliau telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke UTM. Setelah mengharung hidup sebagai mahasiswa selama lima tahun, pada tanggal 1990, beliau telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal pada hari konvokesyen UTM.
Pengalaman Kerjaya : 
         En. Fauzi bin Abdullah telah memulakan kerjayanya sebagai seorang pendidik di SM Teknik Terengganu semenjak tahun 1990.  Pada tahun 1996, beliau memasuki bidang pentadbiran sekolah setelah dilantik sebagai GKMP Teknik dan Vokasional di sekolah yang sama. Seterusnya, pada tahun 2004, beliau melangkah setapak lagi dalam bidang pentadbiran sekolah setelah dilantik sebagai GPK HEM di sekolah tersebut. Pada tahun 2007, sekali lagi beliau telah mendapat pengiktirafan pihak sekolah hasil daripada keterampilan dalam bidang pentadbiran dan dinaikkan pangkat kepada Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Kewibawaannya dalam bidang pentadbiran terus terserlah apabila sekali lagi beliau dinaikkan pangkat ke jawatan pengetua dan ditempatkan di SM Teknik Jasin pada tahun 2009. Pada tahun 2011 beliau telah bertukar ke SMV Temerloh.