PENYEJUKAN & PENYAMANAN UDARA


Kursus Penyejukan dan Penyamanan Udara menganjurkan latihan pengajaran dan pembelajaran untuk melahirkan tenaga berkemahiran khususnya dalam bidang penyejukan dan penyaman udara. Kursus ini menjalankan latihan teori dan amali untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 untuk memeriksa, menservis dan membaiki mesin penghawa dingin dan peti sejuk.
MATLAMAT 
Melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang penyejukan dan menanamkan sikap positif yang boleh digunakan untuk meningkatkan taraf hidup dan alam sekitar yang dapat memberi kesejahteraan insan. 
OBJEKTIF
Objektif umum mata pelajaran Penyejukan adalah untuk membolehkan murid :-
Objektif 1 : mengamalkan peraturan dan langkah-langkah keselamatan semasa melakukan kerja penyejukan
Objektif 2 : menggunakan pelbagai alat tangan dan alat pengukuran dalam kerja penyejukan
Objektif 3 : melakukan kerja pematerian dan kimpalan, mengecas dan pendawaian pada sistem penyejukan
Objektif 4 : merombak rawat motor elektrik, alat kelengkapan dan aksesori sistem penyejukan
Objektif 5 : melakukan kerja pengujian pada pelbagai komponen / peralatan dalam sistem penyejukan
Objektif 6 : menerangkan prinsip kerja pelbagai sistem penyejukan dan mentafsir kitar penyejukan pada gambar rajah tekanan-entalpi
Objektif 7 : menggunakan pengetahuan lukisan geometri dan mengaitkannya dengan bidang kejuruteraan mekanikal

No comments: