PAKAIAN SERAGAM KOKURIKULUM PELAJAR PEREMPUAN SENDAT PERLU DIKAJI


Berita Harian bertarikh 23 April 2010 – PAKAIAN SERAGAM KOKURIKULUM PELAJAR PEREMPUAN SENDAT PERLU DIKAJI



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat “Azhar Mohammad, Kg Tanjung, Kota Bharu” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 23 April 2010 – Pakaian seragam kokurikulum pelajar perempuan sendat perlu dikaji.
 
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), mengambil maklum dan prihatin tentang perkara yang dibangkitkan oleh penulis tentang pakaian seragam kokurikulum pelajar perempuan yang sendat.
 
Ingin dimaklumkan bahawa kegiatan kokurikulum yang dinyatakan adalah di bawah kelolaan badan induk seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Polis Diraja Malaysia. Badan induk ini memberi bantuan pakaian seragam unit beruniform yang ditempah khas mengikut garis panduan pakaian unit beruniform yang telah ditetapkan. Namun begitu, sekiranya pakaian tersebut tidak mengikut garis panduan yang telah ditetapkan atau sendat, pakaian tersebut boleh ditukar kepada saiz yang lebih besar. Guru penasihat sekolah atau pelajar terlibat boleh membuat permohonan dan makluman kepada badan induk secara terus .
 
 
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

No comments: