PENGENALAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010

PENGENALAN
PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.


Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.

No comments: