Mesyuarat KV Temerloh Bil 1/2013


Majlis Penyampaian Sijil VTO


Carta Organisasi KV Temerloh 2013


DARI MEJA PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL TEMERLOH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

          Bidang pendidikan negara sedang dan akan terus mengalami perubahan secara dinamis menjelang abad ke-21. Ianya juga menjadi kunci utama untuk Malaysia mencapai status sebuah negara maju menjelang 2020. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang memayungi kita pada hari ini mempunyai peranan ke arah pencapaian wawasan 2020 iaitu Transformasi Pendidikan Vokasional, melahirkan lulusan seawal yang mungkin yang boleh menjana pendapatan tinggi dan yang paling utama adalah pendidikan vokasional sebagai aliran utama pendidikan negara. Situasi semasa inilah yang sedang kita alami sekarang dan tahun 2013 adalah pemula kepada transformasi vokasional. Dari Sekolah Menengah Vokasional Temerloh, kini telah menjadi Kolej Vokasional Temerloh. Transformasi yang dilaksanakan ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu digalas bersama oleh kita warga Kolej Vokasional Temerloh. Siapa lagi yang akan menyahut transformasi ini jika tidak kita selaku warga Kolej Vokasional Temerloh yang akan mengangkat maruah pendidikan vokasional di mata masyarakat Malaysia.

        Transformasi ini bukan sahaja akan menghapuskan stigma atau persepsi bahawa pendidikan vokasional adalah sebagai pilihan kedua selepas bidang akademik lain malah akan memberi satu laluan kerjaya pendidikan yang lebih jelas. Untuk mejadikan Kolej Vokasional Temerloh sebagai pilihan utama dan cemerlang dalam pelbagai aspek, pengorbanan dan usaha keras yang berterusan adalah paksi utama kita semua. Ianya bukanlah semudah yang disangka, namun komitmen para pensyarah amat saya kagumi yang ternyata sentiasa bijak merancang dan memainkan peranan proaktif bagi memastikan kita benar-benar bersedia dengan aliran transformasi baru ini.

        Saya yakin, para pensyarah mampu melaksanakan segala tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh semangat dan iltizam yang tinggi. Kita ada amanah yang menanti, kecemerlangan SPM 2013 dan kemenjadian pelajar tahun 1 semester 1 Kolej Vokasional Temerloh. Oleh itu , diharapkan pada tahun 2013, Kolej Vokasional Temerloh ini akan terus kita pacu agar menjadi sebuah institusi pendidikan vokasional yang disegani bukan sahaja dalam aspek kurikulum, bahkan juga meliputi aspek kokurikulum dan kemenjadian pelajar sebagai menyahut hasrat kerajaan Malaysia bagi melahirkan para pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Harapan kita agar para pelajar kita akan sentiasa berada dihadapan dan mampu bersaing serta cekal sebagai pelajar Kolej Vokasional Temerloh. Saya amat yakin, warga Kolej Vokasional Temerloh sentiasa seiring dengan saya dan akan terus bersama-sama dengan saya dalam apa jua situasi.

Sekian, terima kasih.

FAUZI BIN ABDULLAH
Pengarah
Kolej Vokasional Temerloh