Majlis Ibadah Korban SMVT 2011

TARIKH : 14 NOVEMBER 2011
TEMPAT : SMV TEMERLOH





Peningkatan Pencapaian SPM SMV Temerloh

TAHUN       GPS
SPM 2006 - 5.89
SPM 2007 - 6.02
SPM 2008 - 5.50
SPM 2009 - 5.03
SPM 2010 - 4.41

PERMOHONAN KEMASUKAN KE KOLEJ VOKASIONAL, SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TAHUN 2012



Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.

Syarat-syarat Umum:

1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
2. Pemohon hendaklah berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Tahun 2011.
3. Dilahirkan dalam tahun 1996 atau selepasnya.
4. Sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal. Bebas dari penyakit lemah jantung, darah
tinggi, kencing manis, alahan (allergy), pekak, sawan (epilepsy) yang serius dan sebagainya.
(Penyakit-penyakit ini akan membahayakan terutama semasa menjalankan kerja amali).
4. Tidak rabun warna bagi semua program Teknikal, Vokasional dan Kemahiran yang berkaitan
Elektrik dan Elektronik.

Cara Memohon:

Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web: Kementerian Pelajaran Malaysia atau datang sendiri (walk-in) ke KV/SMV/SMT berhampiran.

Tarikh bermula permohonan: 5 September 2011.
Tarikh tutup permohonan: 19 Disember 2011.

Majlis Graduasi Pelajar Kemahiran SKM Zon Pahang 2011

Tempat : SMT Muadzam Shah
Tarikh : 10 November 2011