Juara Tarik Tali


YDP PIBG Johan tarik tali

Sukan Tahunan 2010


Perbarisan Sukan Tahunan - Kadet Pertahanan Awam

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “SUANPIT:BHA27484”, dalam akhbar Berita Harian bertarikh 27 Januari 2010 (Apa sudah jadi kepada Sekolah Kluster yang disenaraikan beberapa tahun lalu?).
 
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) ialah sekolah yang cemerlang dalam klusternya dari aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pada konsepnya, Sekolah Kluster Kecemerlangan ialah sekolah yang cemerlang dalam kelompoknya, yang dapat melahirkan murid yang menyeluruh dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah dan penampilan diri serta pengurusan sekolah. Sekolah ini juga mempunyai bidang kebitaraan (niche area) yang menggambarkan watak sekolah selaras dengan Teras Strategik Ke-6 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). 
 
SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiridan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan utama. Rumusnya, sekolah yang diiktiraf sebagai SBT ialah sekolah yang terbaik di Malaysia, dipilih mengikut keperluan, berupaya untuk bersaing di peringkat antarabangsa.
 
RASIONAL pewujudan SKK adalah untuk mengenal pasti dan mewujudkan pusat kecemerlangan dengan kebitaraan tertentu, manakala SBT pula diwujudkan atas rasional untuk mengenal pasti dan mewujudkan sekolah- sekolah di Malaysia yang kompetatif di peringkat antarabangsa.
 
Sehingga kini telah wujud 120 buah SKK di seluruh negara. SKK sudah berada pada Fasa 3 dan sedang melangkah ke Fasa 4 untuk meneruskan kesinambungannya.

Walaupun pencalonan SBT terbuka kepada semua jenis sekolah yang ada di negara ini, ternyata 16 daripada 20 buah sekolah yang menerima pengiktirafan sebagai SBT pada tahun 2010, telah dinobatkan sebagai sekolah kluster kecemerlangan sama ada pada Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3. Kolej Tuanku Kurshiah (TKC) contohnya, akan mewakili negara dalam Pertandingan Wind Orchestra Dunia di Beijing pada bulan September 2010 dan mewakili Malaysia dalam Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Ke Amerika Syarikat pada tahun ini. The Malay College Kuala Kangsar, berjaya menganjurkan program World Youth Summit, Sekolah Dato’ Abdul Razak akan mewakili Malaysia dalam Pertandingan F1 In School di Singapura dan Kejohanan Rugbi Cobra 10-CIMB di Australia pada tahun ini. Manakala Sekolah Sultana Asma, telah menjuarai KL World Marching Band Competition, International Marching Band, Perade (KL Word Marching Band), Gold Medal Award With Honest dan Best Horn Line (KL Marching Band) serta menerima anugerah Johan Pertandingan Pancaragam Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 2007. Kejayaan yang dipaparkan ini cuma sebahagian sahaja, banyak lagi kejayaan lain yang telah diraih oleh SKK sehingga kini. Selain mencipta kecemerlangan dalam bidang kebitaraan masing-masing, SKK tersebut telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan penarafan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia antara yang menjadi kayu ukur penilaian untuk SKK dan SBT.
 
Sungguhpun kriteria pemilihan tidak menetapkan hanya SKK yang layak diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, namun SKK menjadi frame work kepada SBT dalam usaha untuk terus melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan negara dan melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Dalam maksud yang lebih jelas SKK akan bergerak seiring dengan SBT.
           
 
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
28 JANUARI 2010

PENGENALAN PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010

PENGENALAN
PROGRAM CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH TANPA BIASISWA (CBBP TB) PERINGKAT KEDOKTORAN DAN SARJANA TAHUN 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran akan menawarkan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Siswazah) bagi mengikuti pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Dalam Negara secara Sepenuh Masa.
Pegawai yang mengikuti program ini akan diberikan Cuti Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am Bab 'C' Perkara 36. Pegawai perlu membiayai sendiri segala perbelanjaan semasa pengajian termasuk Yuran Pengajian. Sepanjang tempoh Cuti Belajar ini, pegawai mengisi Jawatan Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tempoh Cuti Belajar ini layak diambil kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan.
Pegawai-pegawai yang diperakukan untuk mengikuti program ini hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan sahsiah yang baik serta sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya akan dapat memberi manfaat ke arah meningkatkan keberkesanan perkhidmatan dan organisasi.


Tawaran ini tidak termasuk PPPS yang berkhidmat dengan Jabatan / Bahagian di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM), Politeknik dan Kolej Komuniti.

Untuk makluman, mulai tahun 2010, semua murid yang belajar dan mengambil aliran kemahiran di Sekolah Menengah Teknik/Vokasional (SMT/SMV) di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan dengan mengambil matapelajaran Bahasa melayu dan tiga (3) matapelajaran pakej Khas iaitu Asas Matematik, ‘Basic Communication’ dan Pendidikan Agama Islam. Pentaksiran bagi ketiga-tiga matapelajaran khas tersebut akan dilaksanakan berasaskan sekolah.
 
Berdasarkan kepada perkara ini, ia membolehkan semua murid aliran kemahiran mendapat Sijil SPM dan Latihan serta boleh melanjutkan pelajran ke mana-mana institusi Latihan Kemahiran.

sumber : www.moe.gov.my

Kolam & air terjun ...

Aspura SMVT 2010 .. Menyimpan seribu memori.. duka, air mata dan tawa ria anak-anak bangsa ..

Barisan Guru SMV Temerloh 2010