Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan



Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Selamat Pengantin Baru



Selamat Pengantin Baru Buat Cikgu Azim Taufik Hamdan yang telah selamat melangsungkan perkahwinannya pada 5 Disember yang lalu..



Sekalung Takziah


Sekalung takziah kepada keluarga allahyarham Cikgu Zulkifli Harun yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 Disember 2009. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman & beramal soleh. al-Fatihah ...

BPTV lawat sekolah kejuruteraan Indonesia



DALAM usaha untuk bertukar-tukar pengalaman, Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) telah menganjurkan lawatan akademik ke dua buah sekolah vokasional di Indonesia yang dikenali sebagai sekolah kejuruan.
Dua buah sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kejuruan (SMK) Negeri 26, Rawamangun Jakarta dan SMK N29 STM Penerbangan Kebayoran Baru, Jakarta Selatan.
SMK N26 merupakan Sekolah Kejuruan Pembangunan manakala SMK N29 ialah Sekolah Kejuruan Baikpulih Penerbangan Industri.
Lawatan kerja itu diketuai oleh Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Ahmad Tajudin Jab bersama-sama Timbalan Pengarah, pegawai kanan BPTV dan 36 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) Sekolah Menengah Teknik, seluruh Malaysia.
Menurut Ahmad Tajudin, lawatan kerja itu bertujuan meninjau pelaksanaan sistem pendidikan vokasional di sekolah kejuruan di Indonesia.
``Kunjungan ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara,'' katanya kepada Utusan Malaysia dalam satu kenyataan.
Beliau turut melahirkan hasrat untuk mempertimbangkan pelaksanaan program pertukaran guru antara SMK di Indonesia dengan SMV di Malaysia dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam mempertingkatkan kualiti pendidikan khusus bagi
pendidikan teknik dan vokasional di negara ini.
``Lawatan kerja ini telah memberi pendedahan berguna kepada semua peserta rombongan dari aspek pelaksanaan kurikulum, kokurikulum, pengurusan serta program pemantapan sahsiah pelajar,'' katanya.
Beliau berkata, peserta rombongan kagum dengan komitmen ahli alumni sekolah mereka yang sanggup kembali menabur bakti melalui sumbangan kewangan, fasiliti dan kepakaran kepada murid-murid yang sedang mengikuti pengajian di sana.
Ketika ini bilangan murid yang menyertai program vokasional di sekolah kejuruan adalah 50 peratus dan ia merupakan angka yang sangat tinggi, saasaran mereka adalah 70 peratus.
`` Ini membuktikan program vokasional sangat diminati di kalangan murid. Kebanyakan mereka akan terus bekerja selepas tamat pengajian di sekolah kejuruan,'' katanya.
Ahmad Tajudin berkata, pada masa ini penyertaan murid dalam pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia masih rendah dan ia boleh ditingkatkan dalam Rancangan Malaysia
Ke-10.
``BPTV akan membuat perancangan yang rapi bagi tujuan ini dan memperluaskan program vokasional dan kemahiran ke sekolah harian biasa selain di SMT,'' katanya.

Guru Bertukar 2010





Kepada En Aladin Sulaiman dan Pn Suhaila Shahadan, diucapkan selamat bertugas di tempat baru dan sekalung terima kasih atas segala budi yang dicurahkan kepada SMVT ....

Kakitangan SMV Temerloh



Kursus Vokasional Yang Ditawarkan di SMV Temerloh


                                Amalan Bengkel Mesin (ABM)


                                    Automotif (AUTO)


                                     Binaan Bangunan (BB)


                                  Elektrik & Elektronik (EE)


                             Kimpalan & Fabrikasi Logam (KFL)


                             Penyejukan & Penyamanan Udara (PPU)


                               Perdagangan (PPN/PTP)

Pusat Akses SMV Temerloh



Para pelajar sedang menggunakan kemudahan komputer dan internet yang disediakan di Pusat Akses

Sistem Permohonan Dalam Talian Ke SMT@SMV 2O1O

Tarikh tutup permohonan :  04 Januari 2010


Sila gunakan Internet Explorer bagi mengakses permohonan.




Kalendar Persekolahan Tahun 2010

Kunjungan Pengarah BPTV ke SMV Temerloh


Pengenalan BPTV

Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), dahulunya dikenali sebagai Jabatan Pendidikan Teknikal, telah ditubuhkan pada tahun 1964. Peranan utamanya adalah menentukan pelaksanaan dan kemajuan pendidikan teknikal dan vokasional secara berterusan di negara ini. Skop tugas BPTV termasuk memberi khidmat menyelidik, merancang, melaksana, menyelaras, menyelia dan memantau perkembangan pendidikan teknikal dan vokasional di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi Sekolah Menengah Teknik dan Sekolah Menengah Vokasional (SMT/V) di seluruh Negara.

Pendidikan teknikal dan vokasional dihasratkan memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara. Bagi merealisasikan hasrat ini, BPTV menawarkan program-program yang membolehkan murid berpotensi menjadi separa professional dalam pelbagai bidang teknikal dan kejuruteraan.

Bermula 1 Mac 2008, berlaku satu pengstrukturan menyeluruh di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Jabatan Pendidikan Teknikal ditukar kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) dan diketuai oleh seorang Pengarah yang bertanggungjawab kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sektor Operasi Pendidikan. BPTV terbahagi kepada 4 mengikut fungsi utamanya iaitu:
i. Pengoperasian Sekolah (dahulunya BPPTV),
ii. Pengurusan Akademik (dahulunya BKTV),
iii. Pembangunan PTV (dahulunya BRS), dan
iv. Pembangunan Kejurulatihan PTV (dahulunya BLKS).

Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=45&act=division&cat=JPTEK

Sejarah SMV Temerloh

Sekolah Menengah Vokasional Temerloh telah dibina pada akhir tahun 1975, di atas sebuah tapak seluas 10 hektar dimana kawasan yang asalnya berbukit dan dipenuhi oleh hutan. Sekolah ini terletak di sebelah kiri jalan menuju ke Jerantut, jaraknya dari bandar Temerloh ialah 13 kilometer.

Sekolah ini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM 3,608,421.19 di bawah Projek Rancangan Malaysia Kedua. Pada 03 Januari 1976 sekolah ini dibuka untuk kumpulan pertama pelajar-pelajar dari sekitar negeri Pahang Darul Makmur seramai 244 orang . Dari keadaan serba kekurangan ia berkembang serta mengukuhkan kedudukan dari setahun ke setahun.

Tanggal 16.06.1982, merupakan hari bersejarah bagi sekolah ini apabila ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang berkenan merasmikan sekolah ini. Kini sekolah ini mengeluarkan pelajar-pelajar yang mengikuti 8 jenis kursus selama 2 tahun dan menyediakan mereka menduduki peperiksaan Sijil Palajaran Vokasional Malaysia.

Oleh sebab asrama yang disediakan di sekolah hanya dapat mengambil 75% daripada jumlah pelajar ,maka yang lain-lainnya samaada berulang-alik dari rumah mereka melalui perkhidmatan bas awam atau pun menyewa rumah-rumah berhampiran dengan sekolah ini. Sekolah ini dahulunya diletakkan di bawah pentadbiran bahagian pelajaran Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia dan sekarang ditukar nama Kementerian Pendidikan Malaysia di bawah Pengurusan Jabatan Pendidikan Teknikal. Purata Pelajar di sekolah ini adalah 700 orang.

Peristiwa Yang Memberi Kesan Kepada Sekolah.

Pembukaan rasmi oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Abdullah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah, D.K, S.I.M.P.K (Terengganu) pada 16.6.1982 bersamaan 24 Syaaban 1402.

Perubahan struktur sekolah seperti bangunan-bangunan telah berubah .

Pertambahan kursus-kursus iaitu kursus Seni Bina, Seni Reka Tanda dan Lukisan Kejuruteraan awam pada tahun 1993.Walau bagaimanapun Kursus aliran teknikal tidak lagi di disediakan di SMV Temerloh mulai tahun 2010.

Perubahan Dari Segi Sosial

Ianya jauh berubah kerana dahulu sekolah ini mengambil murid yang tidak lulus dan menimbulkan masalah disiplin, tetapi sekarang pelajar yang di terima untuk masuk ke sekolah ini adalah yang mempunyai kelulusan yang baik dan masalah disiplin berkurangan.Guru –guru dahulunya kebanyakan berkelulusan maktab perguruan sahaja dan pada masa ini ramai di antaranya yang berkelulusan universiti .

Pelajar dahulu datang dari segenap pelusuk negeri dan sekarang ini diutamakan kepada pelajar dari negeri pahang (kawasan setempat).

Jika dahulu majoriti guru adalah lelaki tetapi sekarang terdapat ramai guru perempuan dalam bidang Vokasional.

Kemudahan Asas Yang Terdapat Di sini

Boleh dikatakan semua kemudahan asas ada dan ia adalah mencukupi . Kemudahan tersebut seperti bekalan elektrik, air , telefon awam, pejabat , rumah guru, rumah pekerja, asrama dan surau termasuk juga kenderaan sekolah seperti 2 buah bas dan van.

Perubahan Yang Berlaku Pada Tahun Kebelakangan Ini

Terdapat banyak bangunan baru didirikan pada tahun 1993 dan kursus-kursus baru diwujudkan seperti Seni Reka Tanda, Lukisan Kejuruteraan Awam & Lukisan Seni Bina . Banyak peralatan telah ditambah dengan peralatan moden dan canggih . Rumah guru juga ditambah sebanyak dua buah. Pada bulan Julai tahun 2000 banyak bangunan baru telah didirikan seperti bangunan makmal bangunan kelas, surau dan asrama puteri bagi keperluan pertambahan pelajar-pelajar aliran Teknik. Dewan sekolah juga telah dibina pada tahun 2008. Mulai tahun 2010, aliran teknikal tidak lagi dijalankan sepenuhnya dalam usaha memartabatkan kembali SMV.

SPM 2009

Selamat Menjawab Soalan Kepada Semua Calon SPM SMV Temerloh.. 2009 all the best !