Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Encik Ismail Mat Yet, salah seorang tenaga pengajar di Kolej Vokasional Temerloh telah kembali ke rahmatullah pada pagi 14 Januari 2013. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama org2 yang beriman, al fatihah ..
KURSUS PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN KV bagi Semua Pensyarah KV 2013 akan diadakan pada;
HARI : SABTU TARIKH : 12/01/2013
Maklumat kursus telah diedarkan secara rasmi.

PENGURUSAN KV TEMERLOH



Pengarah : En. Fauzi bin Abdullah


Timbalan Pengarah Akademik : En. Zakaria bin Omar


Tim. Pengarah Sokongan Akademik : Pn. Nor Azizahwati binti Said


Ketua Unit Jaminan & Kualiti : En. Anuar bin Mat Lela


Pn. Kalthom binti Harun (KJ Penilaian & Pentaksiran)


Pn. Hasliza binti Hasan (KJ Pendidikan Umum)

Pn. Zahanim binti Abdul Rahman (KJ Teknologi Kej.Awam)


En. Roslan bin Abu Hassan (KJ Teknologi Kej. Elektrik & Elektronik)


En. Shaiful Bokhari bin Sidek (KJ Teknologi Kej.Mekanikal & Pembuatan)


En. Idris bin Mohamad (KJ Perniagaan)

Pendaftaran pelajar tahun 1 KV Temerloh adalah pada 21 Januari 2013, semakan secara online boleh dibuat pada 11 Januari 2013 ..